Saturday, July 31, 2010

PSZ Fire Drill -28th Jul 2010

~Salam~

Baru hari ini SS dapat update blog....so kali ini SS suka sangat nak share gan uols....pasal tajuk diatas tuler. Nie adalah first time PSZ wat fire drill..setelah 25tahun berjasa pada UTM.So kali ini SS dilantk sebagai petugas di aras.Tugasnya adalah memastikan semua pengguna keluar dari bangunan dalam masa yagn ditetapkan....Masa hari kejadian tu....mcm pe SS berlari sana sini suruh diorg keluar..harap2 larian SS tu xla masuk dalam video...hu3..malunyer....tapi keseluruhannya sangat2 best...satu pengalaman yg menarik...so x sah klu cerita xde gambar...jom scroll bawah....jom tengok...sedikit tatapan untuk korang...he3(ader ker yg nak tgk nie...hu3)



ha3.....gan abg bomba..kita...


mangsa2...siannyer....


nie mangsa yg maut.....alaa...udin....tapi mati dalam senyumm...


amacam real x?apii...apiii...........


kecik pulak gambo nie.....saat student keluar dari bangunan.....evuacute


mangsa dibawa ke hospital.....lakonan jek...

"rumah terbakar...panggil bombaa......"



amacam leh jadi bomba wanita x?..he3



sempat posing gan abg usof ....ni sessi taklimat..

Saturday, July 24, 2010

Ramadhan yang semakin hampir...


~Salam~

Hari ini dah pun 12 Syaaban,x lama lagi kita aka berpuasa..Pose ganti?Hi3...SSnyer pose ganti tinggal lagi 1 hari jek..ingat nak ganti esok tapi cam bulan nak ngambang jek..he3.Rasanya tinggal 2 minggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan....alhamdulillah....so this time SS nak share serba sedikit tentang PUASA.....untuk renungan bersama....

  • secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

~Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

~Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

~Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

  1. Hukum puasa

  • Puasa Wajib

  1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
  2. Puasa Kifarah.
  3. Puasa Nazar.
  • Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
  3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  • Puasa Haram

Rencana utama: Tempoh haram puasa
  1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
  3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
  4. Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  5. Puasa perempuan haid & Nifas
  6. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  7. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
  8. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT

2. Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

3. Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

4. Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

5.Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

6.Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

7.Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

8.Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan



Sunday, July 18, 2010

tiba masanyer....

~Salam~


Akhirnya tepat jam 12.00mlm semalam...genaplah umur SS 31thn.pejam celik pejam celik..dah 31thn..hu3...SS harap dengan peningkatan umur nie SS boleh berubah menjadi insan yang lebih matang,komited dan berusaha untuk menjadi insan sentiasa mendapat keredhaan Allah.SS sangat terharu dengan ucapan2 dari semua:- hb,keluarga,saudara & kawan2....rmi sgt yang wish samada sms/fb.....SS rasa suka+terharu sangat..hu3.Untuk HB,terima kasih bnyk for the gift n wishes.its means a lot to me.yang paling mengharukan SS..bila semalam dapt call my parents nak dtg.terperanjat SS..tup2 dtg bawakan pulut kuning+rendang+kari ayam....untuk besday SS kali nie.x yah2 kek....he3..tima kasih
makkkk..luv uuu......terlanjur dah turun jb nie abah ajak kitaorg gi sedili....cari bapa angkatnyer yg dah terpisah selama 30thn........tapi sebelum tu kitaorg jalan2 kat jeti sedili,pe lagi posingla kjp....he3.apa yg SS perhatikan jeti nie tidak diurus dgn baik..kotor2.Bnyk tempat juga kami pergi harini. dalam area kota tinggi nie...........last sekali sebelum balik kami pekena sop gear box (SS x mkn,hb+adik yg mkn) di warung sup jln kota.(selalu mkn tapi x hengat namanyer)then kami singgah umah atuk SS.penatnyer...jalan jammed..dari kota hingga ke pulada.... dan akhir sekali SS sampi rumah SS tepat jam 11mlm..hu3..


Saturday, July 10, 2010

Ola.....

~Salam~

Lamanyer rasa x update blog nie...hi3. Sekarang dah pun masuk bulan Julai..bulan kelahiran SS. x sangka juga ramai member2 SS yang lahir satu bulan.Tahun nie dah masuk 31thn...sekejapnyer rasa....hu3.Ooopss..kali nie SS nak share with u all(cam d yang tgk jek nie)hi3...gambar lanskap rumah SS dikampung,hasil usaha Abah dan dibantu sikit2 oleh mak.Kalau ingat 8 tahun lepas rumah kami bnyk pokok buah2an..tapi sekarang dikeliligi dengan bunga2an.Abah SS memang orang yang kreatif dan cerewet..tapi anak2 rasa xde yang ikut....kreatif cerewet tu bnyk he3.Rumah kami biasa2 sajek...masih rumah papan lum diconverte batu lagi..dlm proses...he3.tapi abah kate nak naikkan seri rumah tu....abah hidupkan lanskap,segala kayu - kayan,batu2..semua abah uruskan sendiri dan cari dikebun2.kami adik beradik tologn sikit2 la...tapi siram pokok tugas wajib adik2 kalau balik kampung.So..mari kita tgk ..antara..gambar2 yang SS ambil ni:-